KARNIVAL MEGA


KARNIVAL MEGA

Assalamualaikum dan hye ! :D




Marilah berkunjung ke Karnival MEGA yang bakal menggegarkan Taman Tasik Titiwangsa [ bersebelahan ASTAKA ] pada 19 dan 20 April 2014 !! Nak tahu apa aktiviti yang kami sediakan?? 


Teruskan scroll ke bawah dengan senyuman ;]




Kami bakal membuka booth Pendidikan Institut Pengajian Tinggi yang dibarisi oleh universiti - universiti dan kolej mahupun politeknik terkenal dan berkualiti yang sesuai untuk lepasan sekolah dan matrikulasi. *adik-adik sekolah rendah pun boleh datang, jangn risau ;] Kami menganjurkan Karnival Pendidikan Pengajian Tinggi ini bagi membantu adik-adik membuka mata dan minda dalam membuat keputusan untuk menyambung pelajaran bersesuaian dengan pencapaian dan minat adik -adik. Wakil - wakil universiti akan menjelaskan kepada adik-adik mengenai sebarang kursus program yang mereka tawarkan. 




 Sekitar kawasan berlangsungnya karnival, terdapat juga gerai makanan, minuman, perhiasan telefon bimbit, pakaian, dan sebagainya yang boleh dikunjungi. Haa, seronok bukan?? Kami menjemput peniaga-peniaga yang menyediakan produk-produk yang beraneka jenis dan pilihan.



Kami juga ada berita gembira khusus untuk kanak-kanak. Kami menyediakan pelbagai permainan seperti Ballon Castle, Tricycle, Target Shooting, Dam Ular dan Dam Haji.  Kami juga akan mengadakan aktiviti sukaneka yang menarik seperti permainan tradisional [ terbuka/ semua lapisan umur ], Magical Sand Art  dan Tropical Fruit khusus untuk kanak-kanak. ;]

Kami pelajar perubatan juga menyediakan Booth Kesihatan untuk menyalurkan informasi  melalui pameran kepada pelawat-pelawat karnival kami. Kami juga menawarkan pemeriksaan kesihatan asas untuk anda semua. 

Antara ujian yang disediakan :


- Kadar tekanan darah

- BMI
- Kadar gula dalam darah
- Kadar kolestrol dalam darah
- Ujian jenis darah

Ingin menderma darah? Membantu yang memerlukan? Kurang jelas prosedur? Kami beri jawapan. Karnival MEGA turut menganjurkan kempen menderma darah di booth kami. Jaga kesihatan anda dan dapatkan rehat yang cukup bagi menyelesaikan misi bergembira sambil beramal di karnival kami.

MENARIK BUKAN? Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik di satu tempat yang dah lagi nyaman untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hinggalah peringkat dewasa. Jadi, jangn lepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta, sahabat handai dan kenalan-kenalan anda di one stop centre KARNIVAL MEGA kami ;D




Sementara itu, berita baik bagi sesiapa yang berminat untuk membuka gerai perniagaan di karnival kami, anda masih berpeluang ;] sila hubungi ejen kami seperti yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut. 




Kosongkan aktiviti kerja anda pada 19 dan 20 April dan hadirkan diri ke Tasik Titiwangsa bersama keluarga tersayang . Turut berlangsung aktiviti senamrobik dan marathon.

Jangan Lepaskan Peluang. Pakat mai ramai-ramai !

Like page kami di
Instagram / youtube : #MEGAFEST

Forum


Jika anda ingin menyertai forum ini, and boleh klik sini untuk mengisi borang penyertaan 

Ahlan Wasahlan, Ahlan Bina...Hayya Bil Jihad...
Sebuah pengisian rohani yang bakal menggegarkan jiwa para pemuda pemudi dengan mencelikkan mata hari dan menyegarkan iman.  

‘Pandang Depan,Pandang Belakang,Dimana Kita??untuk membawa para mahasiswa berfikir tentang sejauh mana tanggungjawab mereka terhadap ummah agar mereka dapat menggunakan nikmat usia muda ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan menyumbangkan ‘saham’ untuk masa akan datang.


InsyaAllah, pada tanggal 25 April 2013, bertempat di dewan serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM, Jalan Temerloh, KL,

Selain itu, motif utama forum ini adalah untuk mengetengahkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan golongan muda zaman sekarang. Selain itu, ia juga adalah forum motivasi untuk remaja muda di mana topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan bagaimana kita sebagai pemangkin masa hadapan,apakah yang patut kita perlakukan dari sekarang bagi mewujudkan suasana yang baik ( bi'ah hasanah). Apakah peranana kita sebagai orang yang masih kuat fizikal dan mental dalam dakwah islamiyyah??. Apakah sumbangan kita untuk seluruh ummah??. Jadi, jika dibandingkan diri kita sebelum ini dan sekarang, di manakah sebenarnya status kita. Adakah menuju kearah kebaikan,Alhamdulillah atau sebaliknya,nauzubillah. Moga kita berada di atas landasan yang bernar.menuju ke tempat bahagia dan berkekalan selama-lamanya, syurga Firdausi.


Oleh itu, bagi memperjelaskan lagi permasalahan ini, kami menampilkan dua orang panel yang tidak lagi asing bagi kita iaitu Aiman Azlan dan Afiq Sazlan.
Marilah datang menyertai program ini, dan ingatlah, sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang sentiasa menuntut ilmu dan majlis ilmu itu adalah salah satu taman-taman syurga...


REBUTLAH PELUANG ANDA UNTUK DATANG KE TAMAN SYURGA..:)

FUTSAL

STRIKE FOR GOALS!
Dahagakan sebuah perlawanan futsal yang gempak?
Inginkan sebuah saingan yang lebih sengit? Mahukan kepuasan bermain di samping berpeluang memenangi hadiah pulangan? Inilah masanya!
M.E.G.A menganjurkan tournament FUTSAL yang bakal menggegarkan hari anda! Peluang masih terbuka!
Serlahkan bakat dan cungkil kebolehan anda dengan bertemu dengan lebih ramai pesaing.
#Majulah Sukan Untuk Negara
#Hidup Kaki Futsal

Grab it!





Berikut adalah butiran tentang perlawanan futsal ini :

Yuran RM 150 setiap pasukan
Satu team haruslah mempunyai 7-8 orang.
*kemasukan adalah terhad kepada 20 pasukan sahaja
**kemasukan dikira rasmi setelah pembayaran dilakukan.

Perjalanan dan tentatif perlawanan akan dimuat naik bermula 11 April 2014


Tarikh :19 APRIL 2014
Masa : 9.00AM-2.00PM
Lokasi : KSL SPORT, SETAPAK, KUALA LUMPUR





Organiser : Universiti Kebangsaan Malaysia
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

013- 3503704 - DAUS
016- 6935784 - AMIR

Kepada anda yang berminat bolehlah mengetahui dengan lebih lanjut dan mendaftar di link ini > [sini]

Be a Runner (Larian)


Kaki anda sudah bergetar untuk berlari? Perlukan pencetus semangat? 
Boost up your energy! Sertai kami dalam LARIAN MEGA! 
Marilah berlari sambil beramal!
BE A RUNNER! This is your chance! Grab it! 






Bagi anda yang berminat dalam pertandingan larian, inilah peluang anda untuk membuktikan kebolehan anda dalam larian dan secara tidak langsung menyumbang kepada Persatuan Orang Buta Malaysia (SBM).

Oleh itu, marilah sertai kami, 

Tarikh   : 20 April 2014 
Hari      : Ahad
Masa     : 6.30 pagi
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Terdapat empat kategori larian iaitu :  


- Men / Women Terbuka (8 km)  - RM 40
 (Terbuka kepada semua. Peserta akan menerima t-shirt, Goodies Bag, Finisher Medal dan Sijil Penyertaan) 

- Fun Run (5 km) - RM 35
(Terbuka kepada semua. Peserta akan menerima t-shirt, Goodies Bag, Finisher Medal dan Sijil Penyertaan) 

- Charity Run  (2.5 km)  - RM 30
(Khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Peserta akan menerima t-shirt, Goodies Bag dan Sijil Penyertaan

*setiap peserta Charity run hendaklah dibawah pengawasan penjaga semasa program BE A RUNNER diadakan.

Bagi mereka yang berminat, sila klik disini untuk mendaftar.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada   6 APRIL 2014.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program, anda boleh layari di

facebook : https://www.facebook.com/bearunner2014
blogspot :  http://www.bearunnerukm.blogspot.com/

atau hubungi kami :
 
Hasrul - 0197699459
Afiqa  - 0133129135



UKM Tennis Charity Tournament

CHARITY EVENT



Assalamualaikum and Hi!
Pastinya ramai menantikan sebuah tournament tenis yang hangat di sekitar Kuala Lumpur.

Inilah peluang anda! M.E.G.A bakal menganjurkan TOURNAMENT TENIS buat julung kalinya! Serlahkan bakat anda ataupun cungkilkan bakat anda dalam permainan tenis!
Bukan itu sahaja! Anda akan secara automatik turut menyumbang kepada badan amal yang terpilih.


The Moment is Ours!
 
Perlawanan akan diadakan selama dua hari, pada 26- 27 April 2014 di Gelanggang Tenis Titiwangsa, Kuala Lumpur, bermula 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. 
Tiga kategori yang akan dipertandingkan:

1. Lelaki Perseorangan Terbuka (yuran RM60)
2. Beregu Lelaki Terbuka (yuran RM120)
3. Perempuan Perseorangan Terbuka (yuran RM50)

*Penyertaan bagi kategori Lelaki Perseorangan Terbuka telah ditutup. Terima kasih atas minat anda.

Semua peserta yang mendaftar akan mendapat sehelai baju eksklusif M.E.G.A. (hanya kepada yang mendaftar sebelum 14/4/2014) dan sijil penyertaan
dan anda secara automatik telah menyumbang kepada Persatuan Orang Buta Malaysia.

Sila rujuk bahagian 'SOALAN LAZIM' di bawah untuk info tambahan mengenai UKM Tennis Tournament. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 013- 5291872 (Wani) atau 017- 3661058 (Nisa). Pertanyaan juga boleh dikemukakan di facebook kami.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh klik sini untuk mengisi borang pendaftaran.
Beritahu rakan-rakan anda untuk turut serta memeriahkan pertandingan amal ini.
Terima kasih!

Notis : kami memohon kerjasama agar semua peserta yang ingin mendaftar untuk memberikan maklumat yang sahih dan benar bagi memudahkan kami menjayakan pertandingan ini.

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti yang sedia maklum bahawa ruang ini dibina adalah untuk menjadi medium penyampaian maklumat kepada anda yang berminat untuk mengikuti sebarang program yang dijalankan oleh kami pelajar perubatan UKM tahun dua.

Untuk pengetahuan umum program MEGA ialah sebuah program yang dikelola oleh pelajar Perubatan UKM bagi mewujudkan semangat kerja berpasukan, softskills and profesionalisme.


M.E.G.A (Medical Enhancement Great Achievement) bakal muncul tidak lama lagi. Program yang dicetuskan oleh sekumpulan pelajar perubatan UKM buat anda semua yang meminati sukan FUTSAL, TENIS, dan LARIAN. Tidak dilupakan pengisian yang memenuhi hati nurani setiap insan dalam program kami "Pandang Depan, Pandang Belakang, Dimana Kita?" yang bakal menyegarkan iman para hadirin. Di samping itu, pelbagai jualan dan aktiviti menarik serta booth Kenali IPT yang dibarisi IPTA dan IPTS akan diadakan dalam KARNIVAL MEGA yang bakal menghangatkan suasana anda di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Nantikan kemunculannya kerana ia bakal menggegarkan hari anda!
 

19-20 April dan 26-27 April 2014 coming soon!
 

Mari memeriahkan!!