UKM Tennis Charity Tournament

CHARITY EVENT



Assalamualaikum and Hi!
Pastinya ramai menantikan sebuah tournament tenis yang hangat di sekitar Kuala Lumpur.

Inilah peluang anda! M.E.G.A bakal menganjurkan TOURNAMENT TENIS buat julung kalinya! Serlahkan bakat anda ataupun cungkilkan bakat anda dalam permainan tenis!
Bukan itu sahaja! Anda akan secara automatik turut menyumbang kepada badan amal yang terpilih.


The Moment is Ours!
 
Perlawanan akan diadakan selama dua hari, pada 26- 27 April 2014 di Gelanggang Tenis Titiwangsa, Kuala Lumpur, bermula 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. 
Tiga kategori yang akan dipertandingkan:

1. Lelaki Perseorangan Terbuka (yuran RM60)
2. Beregu Lelaki Terbuka (yuran RM120)
3. Perempuan Perseorangan Terbuka (yuran RM50)

*Penyertaan bagi kategori Lelaki Perseorangan Terbuka telah ditutup. Terima kasih atas minat anda.

Semua peserta yang mendaftar akan mendapat sehelai baju eksklusif M.E.G.A. (hanya kepada yang mendaftar sebelum 14/4/2014) dan sijil penyertaan
dan anda secara automatik telah menyumbang kepada Persatuan Orang Buta Malaysia.

Sila rujuk bahagian 'SOALAN LAZIM' di bawah untuk info tambahan mengenai UKM Tennis Tournament. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 013- 5291872 (Wani) atau 017- 3661058 (Nisa). Pertanyaan juga boleh dikemukakan di facebook kami.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh klik sini untuk mengisi borang pendaftaran.
Beritahu rakan-rakan anda untuk turut serta memeriahkan pertandingan amal ini.
Terima kasih!

Notis : kami memohon kerjasama agar semua peserta yang ingin mendaftar untuk memberikan maklumat yang sahih dan benar bagi memudahkan kami menjayakan pertandingan ini.










SOALAN LAZIM / FAQ

1. Kategori yang dipertandingkan dalam UKM Tennis Tournament.
     Terdapat tiga (3) kategori yang dipertandingkan dalam UKM Tennis Tournament, iaitu,
   
     1. Kategori LELAKI perseorangan terbuka
     2. Kategori LELAKI beregu terbuka
     4. Kategori PEREMPUAN perseorangan terbuka

2. Siapa yang layak untuk menyertai UKM Tennis Tournament?
UKM Tennis Tournament adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

3. Cara untuk mendaftar masuk UKM Tennis Tournament.
Kepada yang berminat, anda boleh klik disini untuk mengisi borang pendaftaran. Sila isi borang dengan lengkap dan maklumat yang diberikan hendaklah benar.

4. Bila saya boleh mula mendaftar?
Sekarang! Pendaftaran dibuka dari sekarang sehingga 14 April 2014. Kami mengalu-alukan penyertaan anda. Ajak rakan-rakan anda untuk turut memeriahkan UKM Tennis Tournament.

5. Hal-hal pembayaran?
Cara-cara pembayaran yuran telah diletakkan didalam borang pendaftaran. Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut. Pembayaran harus dilakukan selewat-lewatnya pada 19 April 2014.

6. Pengesahan pendaftaran?
Slip pembayaran perlulah dihantar kepada tenis.mega@gmail.com bagi mengesahkan penyertaan anda. Pengesahan pendaftaran ini penting bagi memudahkan urusan kami bagi melancarkan program ini. Kami mohon kerjasama anda.
   
7. Apakah format pertandingan bagi UKM Tennis Tournament?
UKM Tennis Tournament akan menggunakan format permainan 'Round-robin'.


Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi:
013- 5291872 (Wani)
017- 3661058 (Nisa)



No comments: