KARNIVAL MEGA


KARNIVAL MEGA

Assalamualaikum dan hye ! :D




Marilah berkunjung ke Karnival MEGA yang bakal menggegarkan Taman Tasik Titiwangsa [ bersebelahan ASTAKA ] pada 19 dan 20 April 2014 !! Nak tahu apa aktiviti yang kami sediakan?? 


Teruskan scroll ke bawah dengan senyuman ;]




Kami bakal membuka booth Pendidikan Institut Pengajian Tinggi yang dibarisi oleh universiti - universiti dan kolej mahupun politeknik terkenal dan berkualiti yang sesuai untuk lepasan sekolah dan matrikulasi. *adik-adik sekolah rendah pun boleh datang, jangn risau ;] Kami menganjurkan Karnival Pendidikan Pengajian Tinggi ini bagi membantu adik-adik membuka mata dan minda dalam membuat keputusan untuk menyambung pelajaran bersesuaian dengan pencapaian dan minat adik -adik. Wakil - wakil universiti akan menjelaskan kepada adik-adik mengenai sebarang kursus program yang mereka tawarkan. 




 Sekitar kawasan berlangsungnya karnival, terdapat juga gerai makanan, minuman, perhiasan telefon bimbit, pakaian, dan sebagainya yang boleh dikunjungi. Haa, seronok bukan?? Kami menjemput peniaga-peniaga yang menyediakan produk-produk yang beraneka jenis dan pilihan.



Kami juga ada berita gembira khusus untuk kanak-kanak. Kami menyediakan pelbagai permainan seperti Ballon Castle, Tricycle, Target Shooting, Dam Ular dan Dam Haji.  Kami juga akan mengadakan aktiviti sukaneka yang menarik seperti permainan tradisional [ terbuka/ semua lapisan umur ], Magical Sand Art  dan Tropical Fruit khusus untuk kanak-kanak. ;]

Kami pelajar perubatan juga menyediakan Booth Kesihatan untuk menyalurkan informasi  melalui pameran kepada pelawat-pelawat karnival kami. Kami juga menawarkan pemeriksaan kesihatan asas untuk anda semua. 

Antara ujian yang disediakan :


- Kadar tekanan darah

- BMI
- Kadar gula dalam darah
- Kadar kolestrol dalam darah
- Ujian jenis darah

Ingin menderma darah? Membantu yang memerlukan? Kurang jelas prosedur? Kami beri jawapan. Karnival MEGA turut menganjurkan kempen menderma darah di booth kami. Jaga kesihatan anda dan dapatkan rehat yang cukup bagi menyelesaikan misi bergembira sambil beramal di karnival kami.

MENARIK BUKAN? Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik di satu tempat yang dah lagi nyaman untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hinggalah peringkat dewasa. Jadi, jangn lepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta, sahabat handai dan kenalan-kenalan anda di one stop centre KARNIVAL MEGA kami ;D




Sementara itu, berita baik bagi sesiapa yang berminat untuk membuka gerai perniagaan di karnival kami, anda masih berpeluang ;] sila hubungi ejen kami seperti yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut. 




Kosongkan aktiviti kerja anda pada 19 dan 20 April dan hadirkan diri ke Tasik Titiwangsa bersama keluarga tersayang . Turut berlangsung aktiviti senamrobik dan marathon.

Jangan Lepaskan Peluang. Pakat mai ramai-ramai !

Like page kami di
Instagram / youtube : #MEGAFEST

No comments: