Jika anda ingin menyertai forum ini, and boleh klik sini untuk mengisi borang penyertaan
Ahlan Wasahlan, Ahlan Bina...Hayya Bil Jihad...
Sebuah pengisian rohani yang bakal menggegarkan jiwa para pemuda pemudi dengan mencelikkan mata hari dan menyegarkan iman.
‘Pandang Depan,Pandang Belakang,Dimana Kita??’ untuk membawa para mahasiswa berfikir tentang sejauh mana tanggungjawab mereka terhadap ummah agar mereka dapat menggunakan nikmat usia muda ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan menyumbangkan ‘saham’ untuk masa akan datang.
InsyaAllah, pada tanggal 25 April 2013, bertempat di dewan serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM, Jalan Temerloh, KL,
Selain itu, motif utama forum ini adalah untuk mengetengahkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan golongan muda zaman sekarang. Selain itu, ia juga adalah forum motivasi untuk remaja muda di mana topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan bagaimana kita sebagai pemangkin masa hadapan,apakah yang patut kita perlakukan dari sekarang bagi mewujudkan suasana yang baik ( bi'ah hasanah). Apakah peranana kita sebagai orang yang masih kuat fizikal dan mental dalam dakwah islamiyyah??. Apakah sumbangan kita untuk seluruh ummah??. Jadi, jika dibandingkan diri kita sebelum ini dan sekarang, di manakah sebenarnya status kita. Adakah menuju kearah kebaikan,Alhamdulillah atau sebaliknya,nauzubillah. Moga kita berada di atas landasan yang bernar.menuju ke tempat bahagia dan berkekalan selama-lamanya, syurga Firdausi.
Oleh itu, bagi memperjelaskan lagi permasalahan ini, kami menampilkan dua orang panel yang tidak lagi asing bagi kita iaitu Aiman Azlan dan Afiq Sazlan.
Marilah datang menyertai program ini, dan ingatlah, sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang sentiasa menuntut ilmu dan majlis ilmu itu adalah salah satu taman-taman syurga...
REBUTLAH PELUANG ANDA UNTUK DATANG KE TAMAN SYURGA..:)
No comments:
Post a Comment