Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti yang sedia maklum bahawa ruang ini dibina adalah untuk menjadi medium penyampaian maklumat kepada anda yang berminat untuk mengikuti sebarang program yang dijalankan oleh kami pelajar perubatan UKM tahun dua.

Untuk pengetahuan umum program MEGA ialah sebuah program yang dikelola oleh pelajar Perubatan UKM bagi mewujudkan semangat kerja berpasukan, softskills and profesionalisme.


M.E.G.A (Medical Enhancement Great Achievement) bakal muncul tidak lama lagi. Program yang dicetuskan oleh sekumpulan pelajar perubatan UKM buat anda semua yang meminati sukan FUTSAL, TENIS, dan LARIAN. Tidak dilupakan pengisian yang memenuhi hati nurani setiap insan dalam program kami "Pandang Depan, Pandang Belakang, Dimana Kita?" yang bakal menyegarkan iman para hadirin. Di samping itu, pelbagai jualan dan aktiviti menarik serta booth Kenali IPT yang dibarisi IPTA dan IPTS akan diadakan dalam KARNIVAL MEGA yang bakal menghangatkan suasana anda di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Nantikan kemunculannya kerana ia bakal menggegarkan hari anda!
 

19-20 April dan 26-27 April 2014 coming soon!
 

Mari memeriahkan!!

No comments: